Pendidikan Islam -tingkatan 3-Adab dan akhlak Islamiah

Adab Menerima dan Melayan Tetamu
1.Maksud Tetamu
Sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah kita sama ada ahli keluarga,jiran,sahabat handai,rakan dan sebagainya dengan tujuan baik.
2.Hukum menerima tetamu- wajib-tertakluk kepada tetamu yang dibenarkan oleh syarak:
i)Tidak menyusahkan tuan rumah seperti bermukim di rumah orang yang diziarahi melebihi 3 hari sedangkan tuan rumah tidak memiliki apa-apa untuk melayaninya sebagai tetamu
ii)Tidak menimbulkan rasa tidak senang kepada tuan rumah
iii)Tidak menimbulkan fitnah
3.Jika tetamu datang bertujuan lain dan ada kepentingan diri,Islam tidak mewajibkan kita melayaninya.
4.Malah jika kedatangannya boleh menimbulkan fitnah,harus ditolak dan jangan dilayan tetamu tersebut.Tetapi penolakannya perlu dengan cara yang baik dan sopan.
Adab terhadap tetamu.
i)Memberi layanan yang baik
ii)Ikhlas
iii)Menunjukan muka manis kepada tetamu
iv)Bersegera menyediakan minuman dan makanan sekadar kemampuan
Batas-batas pergaulan ketika bersama tetamu
i)Menjaga hati dan perasaan melalui percakapan dan tingkahlaku
ii)Menjaga aurat dihadapan tetamu
iii)Menghormati kehadirannya
iv)Melayani dengan cara terbaik
v)Berbual perkara baik,jauhi umpatan,celaan
Kelebihan orang yang menerima dan melayani tetamu dengan baik.
i)Mewujudkan rasa hormat-menghormati
ii)Tetamu yang datang berasa selesa dan senang hati
iii)Melahirkan masyarakat Islam yang berakhlak mulia
iv)Mendapat pahala dan diberkati Allah
Implikasi tidak beradab dengan tetamu
i)Tidak dihormati oleh masyarakat
ii)Hubungan renggang
iii)Akan dipulau oleh ahli keluarga dan kenalan
iv)Tidak mendapat keberkatan daripada Allah
Adab sebagai seorang Tetamu
i)Reda dengan hidangan yang disediakan
ii)Menunjukkan akhlak mulia
iii)Berkunjung pada masa yang sesuai
iv)Tidak meminta-minta


Powered by Blogger